Thursday, June 11, 2009

Aku Dah Kahwin

Alhamdulillah. aku berjaya menamatkan zaman bujang aku pada 31 Mei 2009 baru-baru ini tatkala umurku mencecah 32 tahun. Majlis perkahwinan kami dibuat sebanyak 2 kali, satu kat batu pahat, disambut secara tradisional manakala satu majlis lagi buat kat Kota Bharu pada 6.6.09. kat kota bharu aku buat simple je tapi mengikut majlis rasmi pakain uniform penjara. Nampak la lain sikit kan?. Orang selalu tanya kenapa umur 32 baru kahwin (eleh... aku tahu diorang sebenarnya nak tanya 'kenapa dah terlajak baru nak kahwin'). Aku sebenarnya bukan tak nak kahwin awal, tapi aku nekad dalam diri aku bahawa aku nak berjasa kepada ibu bapa aku dulu sebelum kahwin. Lagipun kisah silam yang melukakan hati menyebabkan aku malas nak pikir pasal kahwin. Tapi dah orang kata Jodoh maut ditangan tuhan aku kena redhalah. Mana taknya, tatkala aku sibuk dengan kerja tiba-tiba muncul dalam hidup aku gadis misteri cantik jelita (bagi aku la kan) turun dari kayangan entah dari mana menambat hati dan sabubari aku. Dipendekkan cerita gadis itu aku kahwini dan akan ku cintai beliau selagi nyawa dikandung badan. Kepada Isteri ku Mastura, I Love you so much. nanti aku letakkan gambar perkahwinan kami untuk anda semua. babai....